Aku cukup tertarik dengan puisi karangan Dr. MAZA ni:
Wahai PEMIMPIN-PEMIMPIN sekalian, ingatlah akan pertanyaan Tuhanmu iaitu Allah di hari pembalasan nanti. Tidakkah kau gentar dengan kisah-kisah terdahulu yang sering dikhabarkan kepadamu. Sesunggunya kita sering lalai dengan apa yang kita perolehi atas semua nikmat-nikmat-Nya.
Wahai zuriat-zuriatku, aku berpesan kepadamu yang dimulai dengan diriku sendiri & ummimu. Sekiranya kita dianugerahkan menjadi orang yang tinggi kedudukannya di antara kalangan orang sekeliling kita, maka hendaklah kita sentiasa memohon keampunan kepada Allah kerana kita sentiasa akan menzalimi diri sendiri sehinggalah hari pembalasan nanti.
Adakah kita telah berlaku adil terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling kita? Adakah kita secara tidak sengaja akan memenuhkan kantung sendiri dan keturunan kita? Adakah kita mampu mewarisi ketokohan pemimpin agung Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda sedangkan Al-Quran dan Sunnah pun kerap kali ditinggalkan?
"Sesungguhnya azab Tuhanmu (Allah) amatlah pedih".
Hanya Allah sahaja tempat kita bermunajat memohon pertunjuk dan hidayah agar tidak terkeluar dari landasan perintah-perintah-Nya.
"Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana"
oleh PeNsiL.wArNa.KiTa