Menu hidangan tengah hari aku hari ni ialah nasi goreng pataya dan nescafe air di Lavender Cafe. "Mmm...agak kurang enak cacing perutku berbisik". Nasi goreng yang agak berminyak dan dibalut dengan telur yang agak memualkan anak tekak aku. Tak pela, rezeki hari ni. Makan jela...Bismillah...tinggg sampai air nescafe ais pula. Anak mataku mereng melihat warna nescafe ais tu. Dalam hatiku berkata "ni mesti tak sedap". Sekali teguk, mmm.. seperti andaianku tadi. Bedal jela...Alhamdulillah. Syukur nikmat yang Allah beri, berbanding segelintir orang yang terpaksa meminta(2) di luar sana.
Makan tengah hariku tadi, aku ditemani oleh rakan(2) pejabat si Anieloma, Eira dan Yana yang sudah berada agak awal berbanding aku. Hehe, si Anie minum CocaCola. Aku dengan selumber cakap, "hang minum air pencuci tandas eh" ;). Terkedu si Anieloma. Aku sampaikan ya Anie, Ustaz Azhar Idrus yang cakap bahawa Ribena dan Coca Cola Haram diminum! Tak caya, tengok video ni:
Selang beberapa minit, datang CEO The Wrongs (ala(2) macam The Rights arr). Sapa lagi kalau bukan si Khairul a.k.a Zack/Kay. Jalan mengengkang macam robot yang sedang dikawal oleh alat kawalan jauh je hehe. Eira menyampuk, "dari dulu dia memang jalan macam tu". Kay(2), tapi itu lah identiti kau yang tersendiri. Macho tampak bergaya lagi tu. Tapi awat muka ang nampak macam serabut@ketat? hehe sabar ya.
oleh PeNsiL.wArNa.AbI