Isnin, 18 April 2011

Aduhai Blogspot & Wordpress

Assalamualaikum Semua,

Blog, rata-rata semua orang muda abad ini mempunyai blog mereka sendiri. Walaupun segelintir bloger ini tidak mempunyai kemahiran dalam bidang Sains Komputer (IT, Multimedia, dll), tetapi dengan wujudnya Blogspot, Wordpress dll, sesiapa sahaja boleh membina laman blognya sendiri.

Buat blog secara asasnya amat mudah dan cepat. Kita hanya perlu mendaftar menggunakan Blogspot, Wordpress dll platform blog yang sedia ada. Setelah selesai mendaftar, akan terhasil lah laman blog tersebut.

Namun, terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-dua platform tersebut. Mengikut pengalaman aku, Blogspot ini lebih "ringkas" berbanding Wordpress. "Ringkas" yang aku maksudkan adalah daripada bermula daripada proses mendaftar, mengurus susun atur laman, mengurus kandungan, plug-in, dll. Tetapi kenyataan aku ini bukan menidakkan kemampuan Wordpress ya.

Pada aku, Blogspot ini amat sesuai kepada bloger-bloger yang kurang mahir dalam bindang pengaturcaraan dan sesorang yang memang malas nak bersengkang mata untuk "godek" blog dia. Wordpress pula sesuai kepada bloger yang separa mahir dalam bidang pengaturcaraaan dan seseorang yang mempunyai minat dalam menghias blognya supaya nampak cantik, gebu dan menawan. Namun, kedua-dua platform ini boleh dinaik-taraf menjadi laman blog yang dahsyat. Tetapi kenalah gunakan "hosting" sendiri.

Blogspot agak laju daripada segi proses untuk "page loading" nya berbanding Wordpress. Terutama kalau kita akses blog menggunakan telefon bimbit yang menggunakan Wireless Application Protocol (WAP). Hal ini mungkin disebabkan oleh rekabentuk antarmuka Wordpress yang lebih dinamik berbanding Blogspot.

Aku cadangkan, korang cuba bina laman blog mengguna kedua-dua platform tersebut. Seronok juga "godek-godek" platform blog ni. Selamat mencuba dan merasai pengalaman sendiri ya.

oleh PeNsiL.wArNa.AbI 

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...