Rabu, 27 April 2011

Projek E-mail 50 juta = 25G storage untuk seorang pengguna

Assalamualaikum Semua,

Fuhh, patutlah cecah sampai 50 juta kos nak buat email ni. Setiap pengguna dapat 25"G" tu, dah macam external hard disk pulak, tapi secara dalam talian. Ditambah lagi boleh "Create, edit and save Microsoft® Word, Excel and Powerpoint documents" hehe.

Kalau kebanyakkan kita ni guna yahoo & gmail. Kita boleh attach file yang besar sehingga 100MB, Gmail bagi storage 8GB. hehe ;) ni memang bapak besar gila storage email Malaysia ni.

Dikhabarkan email ini digunakan untuk urusan rasmi agensi kerajaan seperti notis, surat dsb dan katanya mempunyai tahap keselamatan yang terjamin. Jangan kene hack gak sudah lah ;) Biasalah hacker (2) Malaysia pun nak cuba (2) gak, apatah lagi hacker dari luar.

Selain itu, dikhabarkan dgn menggunakan email ini, agensi kerajaan dapat menyelesaikan masalah pembaziran penggunaan kertas. Contoh surat, notis dsb yang rosak atau mempunyai kesilapan semasa dicetak. Mmm, ok juga.

Tapiii, aku agak bengkek bila baca kenyataan ni:

"Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran."

Korang baca selanjutnya di sini: Tricubes kenakan caj RM0.50 setiap email
Ko orang cuba(2) la melawat page email 1Malaysia ni: http://myemail.my

oleh PeNsiL.wArNa.AbI 

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...