Selasa, 19 April 2011

Kepala Ummi rasa berdenyut(2)

Assalamualaikum Semua,

Malam tadi & pagi ni, Ummi masih sakit kepala. Berdenyut(2) katanya. Terdetik di lubuk hatiku rasa sedih kerana berada jauh darinya. Inilah dugaan & cabaran yang perlu aku & isteri lalui. Mungkin ada segelintir pasangan lain juga. Contoh terdekat setakat ni, rakan sepejabat aku iaitu Dedayah & Yana. Macam mana pengalaman korang? cecite cecite hehe ;)

Risau masa sakit pening sekiranya tinggal berjauhan ni. Tambahan lagi si isteri mengandung anak sulung. Si suami perlu beri perhatian yang lebih dalam keadaan ini.Tetapi biasalah ada suara(2) miang yang mengusik kalau aku nak balik jumpa isteri "nak gi bayar bil", "air naik kepala", bla bla bla...takde kata(2) yang lebih baik ke untuk dilontarkan? kan lebih elok kalau cakap macam ni, "bagus ang ni, sayang sungguh kat isteri. untung isteri ang", "Alhamdulillah, bagus ang ni, menunaikan tanggungjawab sungguh". Ha kan tak sisa(2) kita berkata(2) macam tu.

Lagi pun sewajarnya si suami perlu berjumpa si isteri yang duduk jauh darinya kan kan. Mmm, nak buat macam mana dah tempat kerja berlainan negeri.

Kenapa tak minta tukar? Dah minta tukarpun, tapi masih belum dapat maklum balas drpd pihak KPT. Agaknya memang terpaksa guna "kabel" bawah tanah kot. Hai manusia(2).

Yang boleh kami buat sekarang hanyalah bersabar & berdoa kepada Allah, kerana Dia yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu kejadian itu. Semoga Allah mempermudahkan & mempercepatkan urusan kami ini. Aminnn.

Semalam aku minta Ummi utk ambil air secawan, suruh dia baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, ayat 3 Kul & selawat Nabi (semuanya 3 kali). Kemudian minta dia tiup pada air & berdoa kepada Allah mohon dihilangkan rasa sakit kepala yang berdenyut(2) tu. Di samping aku turut berdoa semoga Allah perkenankan permintaan kami. Nak makan panadol, Ummi kesian pula pada baby. Lihatlah, bertapa hebatnya kasih sayang seorang ibu yang sanggup mengharungi kesakitan demi seorang anak yang amat dikasihinya. Terima kasih wahai isteriku. Abi amat menyayangi dirimu.

Lagu ni khas untuk PeNsiL.wArNa.KiTa:



oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...