Rabu, 27 April 2011

Wahai PEMIMPINKU

Assalamualaikum Semua,

Aku cukup tertarik dengan puisi karangan Dr. MAZA ni:


Wahai PEMIMPIN-PEMIMPIN sekalian, ingatlah akan pertanyaan Tuhanmu iaitu Allah di hari pembalasan nanti. Tidakkah kau gentar dengan kisah-kisah terdahulu yang sering dikhabarkan kepadamu. Sesunggunya kita sering lalai dengan apa yang kita perolehi atas semua nikmat-nikmat-Nya.

Wahai zuriat-zuriatku, aku berpesan kepadamu yang dimulai dengan diriku sendiri & ummimu. Sekiranya kita dianugerahkan menjadi orang yang tinggi kedudukannya di antara kalangan orang sekeliling kita, maka  hendaklah kita sentiasa memohon keampunan kepada Allah kerana kita sentiasa akan menzalimi diri sendiri sehinggalah hari pembalasan nanti.

Adakah kita telah berlaku adil terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling kita? Adakah kita secara tidak sengaja akan memenuhkan kantung sendiri dan keturunan kita? Adakah kita mampu mewarisi ketokohan pemimpin agung Rasulullah  S.A.W. dan para sahabat baginda sedangkan Al-Quran dan Sunnah pun kerap kali ditinggalkan?

"Sesungguhnya azab Tuhanmu (Allah) amatlah pedih".

Hanya Allah sahaja tempat kita bermunajat memohon pertunjuk dan hidayah agar tidak terkeluar dari landasan perintah-perintah-Nya.

"Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana"

oleh PeNsiL.wArNa.KiTa

Facebook Comments

Projek E-mail 50 juta = 25G storage untuk seorang pengguna

Assalamualaikum Semua,

Fuhh, patutlah cecah sampai 50 juta kos nak buat email ni. Setiap pengguna dapat 25"G" tu, dah macam external hard disk pulak, tapi secara dalam talian. Ditambah lagi boleh "Create, edit and save Microsoft® Word, Excel and Powerpoint documents" hehe.

Kalau kebanyakkan kita ni guna yahoo & gmail. Kita boleh attach file yang besar sehingga 100MB, Gmail bagi storage 8GB. hehe ;) ni memang bapak besar gila storage email Malaysia ni.

Dikhabarkan email ini digunakan untuk urusan rasmi agensi kerajaan seperti notis, surat dsb dan katanya mempunyai tahap keselamatan yang terjamin. Jangan kene hack gak sudah lah ;) Biasalah hacker (2) Malaysia pun nak cuba (2) gak, apatah lagi hacker dari luar.

Selain itu, dikhabarkan dgn menggunakan email ini, agensi kerajaan dapat menyelesaikan masalah pembaziran penggunaan kertas. Contoh surat, notis dsb yang rosak atau mempunyai kesilapan semasa dicetak. Mmm, ok juga.

Tapiii, aku agak bengkek bila baca kenyataan ni:

"Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran."

Korang baca selanjutnya di sini: Tricubes kenakan caj RM0.50 setiap email
Ko orang cuba(2) la melawat page email 1Malaysia ni: http://myemail.my

oleh PeNsiL.wArNa.AbI 

Facebook Comments

Selasa, 26 April 2011

Comelnya anak Abi & Ummi

Assalamualikum Semua,

Comel(3), semoga Allah beri baby Abi & Ummi macam dak comel ni.



Semoga Allah memberikan kekuatan, ketabahan dan kemampuan kepada Abi & Ummi untuk mendidik baby menjadi insan yang taat akan perintah Allah & mengikuti sunnah Rasulullah. Taat kepada kedua Ibu Bapa dan menjadi anak yang soleh & solehah di dunia & di akhirat. Amin, amin, amin ya rabal'alamin.

oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Alhamdulillah syukur ya Allah

Assalamualaikum Semua,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur kepada-Mu ya Allah kerna Kau memperkenankan doa hamba(2)-Mu ini. Wahai isteriku yang tersayang, semoga kehidupan kita lebih bahagia dan dirahmati oleh Nya.

Sekarang sudah boleh hubungi tuan rumah untuk cop tanda jadi. hehehe ;)

Ada siapa(2) yang nk jual motor tak? ;) Nak jadi Azroi lapas ni.




oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

KeSaN.pAkAi.CerMin.MaTa

Assalamualikum Semua,

Perbezaan Pakai Dan Tak Pakai Cermin Mata
Siapa kata cermin mata tidak memberi kesan yang besar terhadap penampilan seseorang. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada penampilan, malah ia juga boleh menunjukkan apakah peribadi dan profesion seseorang itu.


Pemandu lori vs Doktor/Professor.

Perempuan yang senang di ngorat vs Perempuan yang susah di ngorat.

Penjual daging vs Pelukis.

Malaikat neraka? vs Pereka fesyen.

Baik korang periksa, ada perbezaan atau tidak semasa korang pakai cermin mata dan semasa tak pakai cermin mata. (>_<)

Sila cuba ya! hehe ;)

Sumber: http://budingyun.blogspot.com

oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Khamis, 21 April 2011

Ummi nak iPhone 5 tak?

Assalamualaikum Semua,

Hai ummi, B cuba servey HP untuk KiTa ni. Tetiba Lan tunjuk model ni pada Kay.Ok gak kan model iPhone 5 ni?



Terima kasih kepada Lan yang telah mencadangkan model tersebut. hehehe ;)

oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Rabu, 20 April 2011

Safar, kau jangannn...

Assalamualaikum Semua,

"Bilaku rindu padamu, terasa sepinya jiwaku, terbangkit resah, terpandang wajahmu, bertambahlah kasih sayangku...uhhhuhhhh ;)", terngiang(2) di gegendang telinga aku bila dengar lagu Jamal Abdillah - Sepi Seorang Perindu. Ahh, korang macam tak faham atau buat(2) tak faham pulak. Fikiranku terus teringat dek orang nun jauh di sana :(... Kau jangan safar...ni yang buat jiwa aku tak karuan ni. hehe

Tangkap lentok sekarang ni kalu dengar lagu(2) macam tu, ayoo...hanya kesabaran & rintihan hati je yang mampu mengubat hatiku ini...cehhhh waahhhh. :)

Korang cuba layan lagu Sepi Seorang Perindu ni (jiwanggg sayyyy):


oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Nak Pahala+Keberkatan Lebih? Sila klik di sini!

Assalamualaikum Semua,

Mesyuarat oh mesyuarat. Pg ni aku hadir ke mesyuarat DPP Bank Rakyat, UUM. Mula jam 9.00 pg sampailah jam 1.30. Opsss...berhenti sekejap, nanti aku sambung bercerita ya. (ada kerja nak buat)

oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Selasa, 19 April 2011

Harga Sakit+Sabar+Syukur (3S)

Assalamualaikum Semua,

11/2/11 ummi buat pregnancy test sendiri. ala, benda tu kn blh beli kt farmasi. bukan sebab period dh lmbt atau ada tanda2 awal. tp ntah la.. naluri yg Allah anugerahkn kot.. Alhamdulillah.. menitik air mata kesyukuran bila tgk ada 2 line kt situ. Terus MMS kt abi (yg terpinga2 baru bgn tido). hehe .. ye la, baru 6.30 pagi.. alang2 kejut subuh, ummi bg surprise terus.

Skrg dh masuk 15 minggu. ummi + abi masih lg berjauhan. xpe la, ada hikmah di sebalik tu semua kot. xde la ummi ngengada sgt. hehe..nk mkn ke, sakit pinggang ke, semua kena buat sendiri.. tp tang sakit tu yg selalu berendam air mata.. abi jd mangsa la..kena dgr luahan ummi.. time abi dtg, kena plak time ummi senoneng+muntah2, hah mmg abi jenuh melayan.
memula ummi diuji dgn sakit kt tulang rusuk kiri..menyucuk2..Allah je yg thu sakitnya.. ummi yg selama ni tido mlm mengiring, xblh mengiring langsung! tegak je.. kalau nk tarik nafas dlm2, terbersin, subhanallah.. sakitnya.. bayangkn kalau ummi muntah..mmg nangis je la jawabnya.. balm CNI qalis (housemate) n koyok jd teman.. masa tu baru lah tahu nk bsyukur bila dpt tarik nafas dengan sempurna.

Ummi mmg mkn memilih. bila dh pregnant, dpt pulak time selera x menentu, sambil menangis telan nasik.. sori ye baby, xdpt zat yg bkhasiat dr ummi.. tp bila selera ok, rasa bsyukur sgt. senang ati dpt bg baby mkn. tu la manusia kn.. bila Allah tarik nikmat tu sekejap, baru menyesal.

Smlm n ari ni, sakit kepala..bdenyut2. Check post abi yg sblm ni "kepala ummi rasa berdenyut2" tp, saba je la tora oi.. kifarah tu.. huhu.. so ari ni xnk terima ape2 kes yg mberatkn kpala..tp dh nama keje,kita x carik org, org yg carik kita..

Tapi.. banyak kesedaran yang ummi dpt bila pregnant ni.. sabar dgn dugaan,  mkn ikut jadual, mkn bnda bkhasiat, jg tutur kata, tingkahlaku.. byk lg la..Alhamdulillah.. Allah mmg sygkn umatNya.

oleh PeNsiL.wArNa.UmMi


Facebook Comments

Kepala Ummi rasa berdenyut(2)

Assalamualaikum Semua,

Malam tadi & pagi ni, Ummi masih sakit kepala. Berdenyut(2) katanya. Terdetik di lubuk hatiku rasa sedih kerana berada jauh darinya. Inilah dugaan & cabaran yang perlu aku & isteri lalui. Mungkin ada segelintir pasangan lain juga. Contoh terdekat setakat ni, rakan sepejabat aku iaitu Dedayah & Yana. Macam mana pengalaman korang? cecite cecite hehe ;)

Risau masa sakit pening sekiranya tinggal berjauhan ni. Tambahan lagi si isteri mengandung anak sulung. Si suami perlu beri perhatian yang lebih dalam keadaan ini.Tetapi biasalah ada suara(2) miang yang mengusik kalau aku nak balik jumpa isteri "nak gi bayar bil", "air naik kepala", bla bla bla...takde kata(2) yang lebih baik ke untuk dilontarkan? kan lebih elok kalau cakap macam ni, "bagus ang ni, sayang sungguh kat isteri. untung isteri ang", "Alhamdulillah, bagus ang ni, menunaikan tanggungjawab sungguh". Ha kan tak sisa(2) kita berkata(2) macam tu.

Lagi pun sewajarnya si suami perlu berjumpa si isteri yang duduk jauh darinya kan kan. Mmm, nak buat macam mana dah tempat kerja berlainan negeri.

Kenapa tak minta tukar? Dah minta tukarpun, tapi masih belum dapat maklum balas drpd pihak KPT. Agaknya memang terpaksa guna "kabel" bawah tanah kot. Hai manusia(2).

Yang boleh kami buat sekarang hanyalah bersabar & berdoa kepada Allah, kerana Dia yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu kejadian itu. Semoga Allah mempermudahkan & mempercepatkan urusan kami ini. Aminnn.

Semalam aku minta Ummi utk ambil air secawan, suruh dia baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, ayat 3 Kul & selawat Nabi (semuanya 3 kali). Kemudian minta dia tiup pada air & berdoa kepada Allah mohon dihilangkan rasa sakit kepala yang berdenyut(2) tu. Di samping aku turut berdoa semoga Allah perkenankan permintaan kami. Nak makan panadol, Ummi kesian pula pada baby. Lihatlah, bertapa hebatnya kasih sayang seorang ibu yang sanggup mengharungi kesakitan demi seorang anak yang amat dikasihinya. Terima kasih wahai isteriku. Abi amat menyayangi dirimu.

Lagu ni khas untuk PeNsiL.wArNa.KiTa:



oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Isnin, 18 April 2011

Nasi Goreng Pataya campur Nescafe Ais

Assalamualaikum Semua,

Menu hidangan tengah hari aku hari ni ialah nasi goreng pataya dan nescafe air di Lavender Cafe. "Mmm...agak kurang enak cacing perutku berbisik". Nasi goreng yang agak berminyak dan dibalut dengan telur yang agak memualkan anak tekak aku. Tak pela, rezeki hari ni. Makan jela...Bismillah...tinggg sampai air nescafe ais pula. Anak mataku mereng melihat warna nescafe ais tu. Dalam hatiku berkata "ni mesti tak sedap". Sekali teguk, mmm.. seperti andaianku tadi. Bedal jela...Alhamdulillah. Syukur nikmat yang Allah beri, berbanding segelintir orang yang terpaksa meminta(2) di luar sana.

Makan tengah hariku tadi, aku ditemani oleh rakan(2) pejabat si Anieloma, Eira dan Yana yang sudah berada agak awal berbanding aku. Hehe, si Anie minum CocaCola. Aku dengan selumber cakap, "hang minum air pencuci tandas eh" ;). Terkedu si Anieloma. Aku sampaikan ya Anie, Ustaz Azhar Idrus yang cakap bahawa Ribena dan Coca Cola Haram diminum! Tak caya, tengok video ni:

Selang beberapa minit, datang CEO The Wrongs (ala(2) macam The Rights arr). Sapa lagi kalau bukan si Khairul a.k.a Zack/Kay. Jalan mengengkang macam robot yang sedang dikawal oleh alat kawalan jauh je hehe. Eira menyampuk, "dari dulu dia memang jalan macam tu". Kay(2), tapi itu lah identiti kau yang tersendiri. Macho tampak bergaya lagi tu. Tapi awat muka ang nampak macam serabut@ketat? hehe sabar ya.

oleh PeNsiL.wArNa.AbI 

Facebook Comments

Aduhai Blogspot & Wordpress

Assalamualaikum Semua,

Blog, rata-rata semua orang muda abad ini mempunyai blog mereka sendiri. Walaupun segelintir bloger ini tidak mempunyai kemahiran dalam bidang Sains Komputer (IT, Multimedia, dll), tetapi dengan wujudnya Blogspot, Wordpress dll, sesiapa sahaja boleh membina laman blognya sendiri.

Buat blog secara asasnya amat mudah dan cepat. Kita hanya perlu mendaftar menggunakan Blogspot, Wordpress dll platform blog yang sedia ada. Setelah selesai mendaftar, akan terhasil lah laman blog tersebut.

Namun, terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-dua platform tersebut. Mengikut pengalaman aku, Blogspot ini lebih "ringkas" berbanding Wordpress. "Ringkas" yang aku maksudkan adalah daripada bermula daripada proses mendaftar, mengurus susun atur laman, mengurus kandungan, plug-in, dll. Tetapi kenyataan aku ini bukan menidakkan kemampuan Wordpress ya.

Pada aku, Blogspot ini amat sesuai kepada bloger-bloger yang kurang mahir dalam bindang pengaturcaraan dan sesorang yang memang malas nak bersengkang mata untuk "godek" blog dia. Wordpress pula sesuai kepada bloger yang separa mahir dalam bidang pengaturcaraaan dan seseorang yang mempunyai minat dalam menghias blognya supaya nampak cantik, gebu dan menawan. Namun, kedua-dua platform ini boleh dinaik-taraf menjadi laman blog yang dahsyat. Tetapi kenalah gunakan "hosting" sendiri.

Blogspot agak laju daripada segi proses untuk "page loading" nya berbanding Wordpress. Terutama kalau kita akses blog menggunakan telefon bimbit yang menggunakan Wireless Application Protocol (WAP). Hal ini mungkin disebabkan oleh rekabentuk antarmuka Wordpress yang lebih dinamik berbanding Blogspot.

Aku cadangkan, korang cuba bina laman blog mengguna kedua-dua platform tersebut. Seronok juga "godek-godek" platform blog ni. Selamat mencuba dan merasai pengalaman sendiri ya.

oleh PeNsiL.wArNa.AbI 

Facebook Comments

Ahad, 17 April 2011

Warnai Hidup Ini Dengan Senyuman ;)

Assalamualaikum semua,
Ni la keluarga kita ;)
Hari ni, pertama kali aku buat blog untuk keluarga aku. Maksudnya aku nak berkongsi ceritalah dengan korang semua. Sepanjang aku belajar, nilah pertama kali aku buat blog untuk diri sendiri. Hehe, biasalah dulu masa belajar rasa rimas nak tulis-tulis dalam blog ni. Sedangkan buku diari yang aku beli pun tak tulis apa-apa, inikan pula nak berbloger(2).
Tapi apa yang menarik kali ni, aku dah ada keluarga. Punyai ibu,  abg, kakak dan yang paling istimewa tentula isteriku dan bakal baby comel kami...hehehe..
Harap kalau korang baca, ikut (follow), kongsi dgn kwn(2) dan jawab servey ringkas nuffnang dalam blog kami ni serta buat korang gembira ya.
da....

oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...