Hari Jumaat (22/07/2011) lalu, Abi & Ummi pergi ke KMC untuk buat imbasan 3D bayi kami kali ke 4. Kawan kami (Noorizuana a.k.a Wana) mencadangkan agar kami berjumpa dengan Dr Siw. Mmm...setelah berjumpa, Dr Siw memang bagus memberi penerangan dan nasihat (setakat ni ar). Terima kasih Wana.
Hehe, Ummi suh baby kangkang, sebab nak pastikan bayi lelaki atau bayi perempuan. Alhamdulillah, anak Abi & Ummi ni dengar kata. Jadi untuk kali ke 4 ni, Dr kata sah Imam Muda (IM) [bayi lelaki], Alhamdulillah. Sebenarnya Abi & Ummi tak kisah sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Syukur dan terima kasih yang tak terhingga kepada Allah kerna tambah penyeri hidup keluarga kami.
Abi & Ummi dengan rasminya memaparkan gambar imbasan Imam Muda kami untuk tatapan ahli keluarga, rakan-rakan dan para pembaca blog ni. Tadaaaa....hehe, Imam Muda ni malu-malu ar. "Assalamualaikum semua", kata IM. ha, jawab2 salam IM tu!
Baik, sebenarnya Abi & Ummi sedang mencari nama yang paling sesuai untuk IM kami. Jadi kami bercadang untuk bertanya kepada anda semua, apakah nama cadangan anda untuk IM kami! Harap anda semua dapat memberi cadangan nama dalam bahasa arab yang terbaik dari segi maknanya. Kalau boleh nak ada hurus "S" & "M". Mai pakat-pakat cadang nama!
Oleh PeNsiL.wArNa.Abi