Selasa, 5 Julai 2011

HELANG oh Helang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Kali ni Abi nak cerita pasal kehidupan unggas bernama HELANG. Seekor burung HELANG boleh hidup sehingga umur 70 tahun (kurang lebih dengan umur seorang manusia). Namun ketika umurnya mencapai 40 tahun, helang perlu membuat keputusan yang amat sukar dalam hidupnya sama ada MATI atau terus hidup untuk 30 tahun lagi. Ini adalah kerana apabila helang memcapai umur 40 tahun, paruhnya yang tajam akan melengkung sehingga menyucuk dadanya (boleh membunuh), sayapnya semakin berat kerana bulu-bulu yang semakin menebal  dan kuku kakinya menjadi tumpul (sukar untuk terbang mencari makanan).

Untuk terus hidup 30 tahun lagi, helang terpaksa terbang ke puncak gunung yang paling tinggi untuk bertapa selama 100 hari (umpama seorang wanita yang berpantang selepas melahirkan bayi). Dalam tempoh 100 hari, helang tersebut akan meragut semua bulu-bulu kepaknya yang tebal menggunakan paruh. Kemudian, mematuk paruhnya ke batu sehingga patah atau tercabut. Setelah paruhnya tercabut, helang akan berusaha mematahkan semua kuku kakinya. Bulu kepak, paruh dan kuku helang yang sudah ditanggalkan akan tumbuh semula dan menjadi seperti biasa apabila genap 100 hari pertapaannya.

Setelah itu, helang berjaya meneruskan hidupnya selama 30 tahun lagi. Kesakitan, risiko dan usaha gigih helang tersebut hanyalah untuk mencapai matlamatnya yang satu iaitu untuk terus menikmati kehidupannya di dunia ini.

Benarlah kata-kata Allah, bahawa tidak sia-sialah setiap kejadian makluk-makhluk-NYA di alam maya ini. Hanya mereka yang bijak (membaca, mengkaji dan memanafaatkan) sahaja yang akan menggunakan setiap peluang yang diberikan sepanjang hidupnya untuk bekalan di kehidupan kekal (akhirat) nanti.

Selamat berkongsi cerita ;)

oleh
PeNsiLwArNaAbi

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...