Selasa, 5 Julai 2011

Empat (4) Kebahagian Syurga yang diawalkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pagi-pagi masa perjalanan nak ke tempat kerja, abi selalu buka radio IKIM.fm. Ada perkara yang Abi nak kongsi ilmu dengan para pembaca blog ini iaitu kebahagian syurga yang disegerakan oleh Allah S.W.T. di dunia ini.

Terdapat empat (4) Kebahagian Syurga yang diawalkan oleh Allah S.W.T. di dunia ini iaitu:
  1. Isteri yg Solehah [+cerdik adalah bonus] 
  2. Rumah [kediaman] yang Selesa [besar/mewah]
  3. Jiran yang Baik [mengambil berat antara satu sama lain, tolong menolong dsb) dan,
  4. Kenderaan yg Baik.
Dikhabarkan pada zaman Rasulullah S.W.A., harga sewa rumah naik kerana ingin mendapatkan JIRAN yang BAIK. Adakah kita sudah menjadi jiran yang baik dan mendapat jiran-jiran yang baik? jom muhasabah diri seketika...
 
Alhamdulillah Syukur Ya Allah di atas setiap rezeki yang Kau limpahkan ke atas kehidupan kami semua. Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Semoga bermanafaat dan dikongsikan bersama :)

oleh
PeNsiLwArNaAbi


Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...