Ahad, 31 Julai 2011
Isnin, 25 Julai 2011
Kawan2 tlg bg CADANGAN NAMA BAYI utk Imam Muda kami! (7 bulan)
Assalamualaikum semua,
Hari Jumaat (22/07/2011) lalu, Abi & Ummi pergi ke KMC untuk buat imbasan 3D bayi kami kali ke 4. Kawan kami (Noorizuana a.k.a Wana) mencadangkan agar kami berjumpa dengan Dr Siw. Mmm...setelah berjumpa, Dr Siw memang bagus memberi penerangan dan nasihat (setakat ni ar). Terima kasih Wana.
Hehe, Ummi suh baby kangkang, sebab nak pastikan bayi lelaki atau bayi perempuan. Alhamdulillah, anak Abi & Ummi ni dengar kata. Jadi untuk kali ke 4 ni, Dr kata sah Imam Muda (IM) [bayi lelaki], Alhamdulillah. Sebenarnya Abi & Ummi tak kisah sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Syukur dan terima kasih yang tak terhingga kepada Allah kerna tambah penyeri hidup keluarga kami.
Abi & Ummi dengan rasminya memaparkan gambar imbasan Imam Muda kami untuk tatapan ahli keluarga, rakan-rakan dan para pembaca blog ni. Tadaaaa....hehe, Imam Muda ni malu-malu ar. "Assalamualaikum semua", kata IM. ha, jawab2 salam IM tu!
Baik, sebenarnya Abi & Ummi sedang mencari nama yang paling sesuai untuk IM kami. Jadi kami bercadang untuk bertanya kepada anda semua, apakah nama cadangan anda untuk IM kami! Harap anda semua dapat memberi cadangan nama dalam bahasa arab yang terbaik dari segi maknanya. Kalau boleh nak ada hurus "S" & "M". Mai pakat-pakat cadang nama!
Oleh PeNsiL.wArNa.Abi

Facebook Comments
Panggilan Ummi & Abi
Agak lama ummi x menulis..maklumla..masih dlm tempoh penyesuaian kt tempat baru.. dlm buat2 menyibukkan diri ummi buat keje sambil dengar ceramah kt youtube yang laju kt sg petani ni sbb x kena block. Bila dgr 1 ceramah dr ustaz peberet ummi ni, ati ummi berbunga2.. meh kita dengar sama2 fokus pada soalan kt minit ke 3:34
Jadi abi & ummi adalah panggilan terbaik..alhamdulillah..pilihan yg tepat.. J
Semoga anak ummi & abi menjadi anak yg soleh & mewarisi sifat2 yg ada pd Rasulullah..aminnnn
PeNsil.WarNa.UmmI
Facebook Comments
Isnin, 11 Julai 2011
Nikmat sekali sekala, Syukur kena selalu
Assalamualaikum semua,
Abi ada cerita baru yang nak dikongsikan dengan para pembaca semua. Cerita ini adalah mengisahkan tentang separuh NIKMAT yang kadang kala kita perolehi daripada Allah S.W.T. di dunia dan kita harus kerap mengucapkan rasa SYUKUR di atas nikmat tersebut. Tetapi dek kerana diri kita yang sering merunggut dan selalu menuding jari kepada orang lain atas kesalahan atau keburukan yang berlaku tanpa pernah bermuhasabah diri sendiri dan akhirnya kesedaran itu wujud apabila nikmat tersebut hilang dalam sekelip mata tanpa diduga.
Cerita ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata setelah agak lama mendirikan rumah tangga mereka. Digambarkan si isteri seorang suri rumah yang amat mengutamakan kekemasan susun atur barangan dalam rumah dan aktiviti seharian mereka dijadualkan dengan teratur. Rumahnya disusun atur amat cantik sehingga jiran dan teman-teman mereka memuji akan sikap si isteri yang pandai mengemas rumah. Namun kehidupan mereka terasa amat sunyi kerana hanya tinggal berdua sahaja di rumah tersebut.
Mereka tinggal bersebelahan rumah jiran yang mempunyai anak yang ramai. Suasana rumah jiranya riuh rendah dek suara anak-anak dan kelitah nakal kanak-kanak. Pada suatu hari terdetik hati si isteri lalu berkata kepada si suaminya, “Indahnya jikalau kita dikurniakan cahaya mata kan bang. Tentu rumah kita juga akan meriah macam jiran sebelah.” kata si isteri.
Dengan kebesaran Allah S.W.T. maka sepasang suami isteri tersebut dikurniakan seorang putera yang dinanti-nantikan selama ini. Kehidupan sepasang suami isteri itu mula ceria dengan gelak-tawa si comel yang semakin dewasa.
Pejam celik pejam celik kini anaknya telah berusia 3 tahun. Kelakuan dan sifat manjanya kini berubah menjadi terlalu nakal sehingga merungsingkan ibunya. Susun atur barangan rumah yang dulunya tersusun rapi kini telah berubah menjadi huru-hara seperti tidak terurus dek kelakuan nakal anak kecil itu. Baju yang telah dilipat, disepah-sepahkannya. Surat khabar dikoyak-koyakkan sehingga bertaburan di ruangan tamu dan sofa diterbalik-balikan.
Ibunya hairan akan kelakuan dan sikap anaknya yang amat berbeza daripada sikap suami dan dirinya sendiri. Si ibu sering memarahi anaknya dan menyuruh anaknya berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang sama serta menjadi anak yang baik. Anaknya akur dengan arahan si ibu namun selang beberapa hari si anak kembali dengan kelaluan nakalnya yang tidak dapat dikawal oleh si ibu. Keluarga yang awalnya sunyi tanpa anak kini menjadi riuh-rendah dengan suara si anak dan si ibu.
Tahap kesabaran si ibu akhirnya sampai ke tahap puncak apabila suatu hari ada rakan pejabatnya ingin bertandang ke rumah. Si ibu mengemas rumahnya dengan cukup teratur dan bersih serta memberi amaran kepada anaknya agar berkelakuan baik pada hari tersebut. Si anak kecil tadi menerima arahan dan amaran daripada ibunya dengan baik sekali. Semasa menanti kedatangan tetamunya, si ibu sempat menyediakan sedikit hidangan di dapur manakala anaknya bermain-main di ruangan tamu. Si ibu tidak mendengar suara riuh-rendah anaknya seperti biasa dan menganggap anaknya kali ini patuh dengan amaran yang diberikan.
Apabila selesai menyediakan hidangan untuk tetamunya, si ibu mara ke ruang tamu untuk melihat anaknya yang dari tadi senyap tanpa kedengaran suaranya. Alangkah terkejutnya si ibu apabila melihat keadaan ruang tamu yang dikemasnya tadi telah menjadi tunggang-langgang dikerjakan oleh si kecil. Cebisan-cebisan surat khabar yang dikoyakkan bertaburan di atas lantai. Emosi si ibu yang mulanya girang kini bertukar menjadi baran tanpa dapat dikawal lagi.
Lantas dengan jeritan yang amat kuat, si ibu terus mengejar si anak yang berada di ruang tamu. Tersentak dengan jeritan ibunya, si anak terus berlari ke luar rumah untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap. Dengan rasa marah dan geram si ibu terus mengejar anaknya hingga ke luar rumah. Tiba-tiba kedengaran bunyi satu dentuman yang kuat di kawasan rumah mereka. Perhatian si ibu terus beralih ke arah bunyi dentuman tadi. Amat tersentak hati si ibu apabila melihat anak yang dikejarnya tadi sudah terbaring berlumuran darah di tengah jalan.
Si ibu terus berlari mendapatkan anaknya. Tubuh si kecil tadi didukung lalu terus dibawa ke hospital. Semasa perjalanan ke hospital, si ibu hanya bermohon kepada Allah S.W.T. agar menyelamatkan nyawa anaknya dan memberinya peluang kali kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik. Sampai di hospital, anaknya terus dibawa ke unit kecemasan. Dengan linangan air mata dan darah yang belumuran di baju, si ibu duduk lalu berdoa kepada yang Maha Esa. “Ya Allah, aku bermohon hanya kepada-Mu. Berilah aku peluang untuk melihat anakku terus hidup dan janganlah Engkau ambilnya daripadaku. Berilah aku peluang untuk memberi kasih sayangku kepadanya dan menjadi ibu yang terbaik untuknya.”
Setelah satu jam anaknya dirawat dalam bilik kecemasan, akhirnya doktor yang merawat si kecil tadi keluar dengan wajah dan mata yang bersinar-sinar. Alangkah berdebarnya hati si ibu ketika doktor menuju ke arahnya. Dengan tenang doktor memberitahu bahawa anaknya lebih disayangi Allah dan telah pergi buat selama-lamanya. Hancur-luruh hati si ibu apabila mendengar kata-kata doktor tersebut. Terlalu perit dugaan yang Allah berikan kepadanya. Jenazah anaknya itu terus dibawa pulang dan selamat dikebumikan.
Pada malam harinya, si ibu terjaga daripada lena dan terdetik untuk membasahkan tekak lalu ke dapur. Ketika sedang duduk minum, si ibu terpadang bakul sampah yang berisi cebisan-cebisan surat khabar yang dikoyak-koyakkan oleh anaknya siang tadi. Lalu berderai air mata si ibu dan meluru mengambil semula cebisan-cebisan surat khabar itu. Alangkah indah dan bahagia nikmat yang Allah beri dalam hidupnya semasa si kecil itu berada disisi. Kini tiada lagi suara riuh-rendah dan gelak-tawa si anak dan jeritan si ibu yang memarahi anaknya disebabkan kenakalan si kecil itu. Kehidupan suami isteri tadi kembali sunyi seperti sebelum mereka dikurniakan cahaya mata.
Anak kecil yang nakal itu merupakan nikmat sekali-sekala yang Allah beri kepada kita. Kenakalan tengkah-lakunya membuatkan kehidupan kita menjadi riang, ceria dan terhibur. Namun, kebanyakkan kita sering mempertikai akan sesuatu nikmat yang diberikan dan menyangka ianya merupakan musibah yang tidak baik. Agak kurang kita mengucap rasa syukur di atas setiap apa yang kita ada. Oleh itu, marilah kita selalu bersyukur di atas setiap pemberian nikmat Allah S.W.T. di alam maya ini. Kebanyakkan kita akan menghargai, mengenang dan merindui sesuatu itu apabila ianya sudah tiada lagi. Syukur. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Oleh
PeNsiL.wArNa.Abi

Ahad, 10 Julai 2011
Like like like song FreeDoomm by Maher Zain
Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah syukur di atas semua nikmat yang Allah berikan kepada kita. Hari ni abi dengar lagu nyanyian abg Maher Zain bertajuk Freedom. Wah elok sangat abi dengar bait-bait lirik dan melodinya.
Kebebasan yang Allah berikan kepada setiap hambanya untuk memilih jalan ke Syurga atau Neraka. Mari kita usaha bersungguh untuk memilih jalan ke Syurga!
Mari kita dengar lagu tersebut untuk hidangan hawa telinga di petang hari. Selamat mendengar.

Selasa, 5 Julai 2011
HELANG oh Helang
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kali ni Abi nak cerita pasal kehidupan unggas bernama HELANG. Seekor burung HELANG boleh hidup sehingga umur 70 tahun (kurang lebih dengan umur seorang manusia). Namun ketika umurnya mencapai 40 tahun, helang perlu membuat keputusan yang amat sukar dalam hidupnya sama ada MATI atau terus hidup untuk 30 tahun lagi. Ini adalah kerana apabila helang memcapai umur 40 tahun, paruhnya yang tajam akan melengkung sehingga menyucuk dadanya (boleh membunuh), sayapnya semakin berat kerana bulu-bulu yang semakin menebal dan kuku kakinya menjadi tumpul (sukar untuk terbang mencari makanan).
Untuk terus hidup 30 tahun lagi, helang terpaksa terbang ke puncak gunung yang paling tinggi untuk bertapa selama 100 hari (umpama seorang wanita yang berpantang selepas melahirkan bayi). Dalam tempoh 100 hari, helang tersebut akan meragut semua bulu-bulu kepaknya yang tebal menggunakan paruh. Kemudian, mematuk paruhnya ke batu sehingga patah atau tercabut. Setelah paruhnya tercabut, helang akan berusaha mematahkan semua kuku kakinya. Bulu kepak, paruh dan kuku helang yang sudah ditanggalkan akan tumbuh semula dan menjadi seperti biasa apabila genap 100 hari pertapaannya.
Setelah itu, helang berjaya meneruskan hidupnya selama 30 tahun lagi. Kesakitan, risiko dan usaha gigih helang tersebut hanyalah untuk mencapai matlamatnya yang satu iaitu untuk terus menikmati kehidupannya di dunia ini.
Benarlah kata-kata Allah, bahawa tidak sia-sialah setiap kejadian makluk-makhluk-NYA di alam maya ini. Hanya mereka yang bijak (membaca, mengkaji dan memanafaatkan) sahaja yang akan menggunakan setiap peluang yang diberikan sepanjang hidupnya untuk bekalan di kehidupan kekal (akhirat) nanti.
Selamat berkongsi cerita ;)

oleh
PeNsiLwArNaAbi
Facebook Comments
Empat (4) Kebahagian Syurga yang diawalkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Pagi-pagi masa perjalanan nak ke tempat kerja, abi selalu buka radio IKIM.fm. Ada perkara yang Abi nak kongsi ilmu dengan para pembaca blog ini iaitu kebahagian syurga yang disegerakan oleh Allah S.W.T. di dunia ini.
Terdapat empat (4) Kebahagian Syurga yang diawalkan oleh Allah S.W.T. di dunia ini iaitu:
Alhamdulillah Syukur Ya Allah di atas setiap rezeki yang Kau limpahkan ke atas kehidupan kami semua. Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Semoga bermanafaat dan dikongsikan bersama :)

- Isteri yg Solehah [+cerdik adalah bonus]
- Rumah [kediaman] yang Selesa [besar/mewah]
- Jiran yang Baik [mengambil berat antara satu sama lain, tolong menolong dsb) dan,
- Kenderaan yg Baik.
Alhamdulillah Syukur Ya Allah di atas setiap rezeki yang Kau limpahkan ke atas kehidupan kami semua. Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Semoga bermanafaat dan dikongsikan bersama :)
oleh
PeNsiLwArNaAbi
Facebook Comments
Langgan:
Catatan (Atom)