Khamis, 11 Ogos 2011

Ramadan Terakhir


Assalamualaikum semua,

Slot drama TV3 untuk Ramadhan kali ini menayangkan drama "Ramadhan Terakhir" setiap Selasa - Khamis jam 10.00 mlm. Mmm, memula tengok preview drama ni mcm tak berapa menarik. Tetapi lepas layan sekali, rasa mcm nak layan lagi...(layan dgn ummi & imam muda) hehe.

Drama Ramadhan tahun lepas "Syurgamu Ramadhan" memberi pengajaran dan unsur nasihat yang amat baik kepada kita semua. Abi harap drama "Ramadhan Terakhir" juga dapat memberi kesedaran kepada kita yang kadang kala asyik dibuai nikmat dunia (kekayaan, wanita, jawatan dll) sehingga lupa kepada Yang Maha Esa (Allah). Lagi satu drama ialah Tahajjud Cinta hasil sutradara Erma Fartima. Pun elok juga.


Diharapkan juga agar penerbit, penulis skrip, pengarah filem, media masa, televisyen dll agar dapat memperbanyakan drama, filem dsb yang berunsur nasihat/contoh tauladan berbentuk kerohanian yang dapat memberi kesedaran/keinsafan kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia secara amnya.

Jangan lah dok syok buat cite hantu/seram yang kadang kala menonjolkan sangat unsur2 kurafat kepada generasi Z.

Jom layan OST ketiga(3) drama tersebut!

OST Ramadan Terakhir (Jangan Lupa Namaku - POMPA BENSIN)


OST Syurgamu Ramadhan (Azfar - Akan Ku Jumpa)


OST Tahajjud Cinta - Merpati


Oleh,
PeNsiL.wArNa.Abi

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...