Selasa, 23 Ogos 2011

Hohohotakkk hang, tak baik marah-marah tau...

Assalamualaikum semua,

Bayi pun kalau marah buruk mukanya, kalau kita? :P
Perasaan MARAH, PANAS BARAN, MAKI-HAMUN, HERDIK dan yang berkaitan merupakan kelakuan/sifat yang kadang kala dilakukan secara sedar atau pun tidak sedar oleh si pelakunya. Syaitan dan kuncu-kuncunya amat gembira sekiranya keturanan Adam mempunyai sifat-sifat tersebut.

Namun sifat-sifat tersebut memberi kesan yang amat hebat kepada si pelakunya dan orang sekelilingnya. Cuba kita lakukan perkara berikut setiap kali kita marah.

1) Ambil seketul batu (sebarang objek yang keras) dan pergi ke hadapan dinding rumah, bangunan dll.
2) Setiap kali kita marah, baling batu itu ke arah dinding tersebut dengan sepenuh daya.
3) Lakukan perkara tersebut setiap kali kita marah.

(P/s: kalau objek dan dinding tersebut bukan harta kita/mak bapak kita, sila jangan lakukan perkara di atas kerana akan menambah dosa je. :P )

Byk kos (duit) nak betulkan ni...kalau hati/jiwa?

Lihat hasil/kesan yang kita lakukan di bahagian dinding akibat lontaran batu tersebut. Tentu ada corak-corak yang menarikkan? Corak-corak tersebut berkemungkinan tidak akan dapat dihilangkan atau perlu dibersihkan dengan usaha yang gigih.

Hohohotak angga... :P
Begitu juga kesan yang kita tinggalkan selepas kita marah dan akan memberi kesan juga kepada orang yang dimarah/sekeliling kita. Kesannya bukan pada dinding, tetapi pada dinding HATI/JIWA kita. Antara orang yang paling kita tidak boleh lupa ialah orang yang pernah marah, maki-hamun, herdik (dll) kita. Betul tak? Kebiasaannya orang akan cakap, "sampai mati pun aku tak lupa apa yang dia dah buat kat aku". Hrmmm...akan wujud perasaan BENCI, MENYAMPAH, MELUAT dll kan? Kesan pada si pelaku pula, ianya akan menjadi satu tabiat (kelakuan yang menjadi kebiasaan a.k.a syok) yang kalau tak buat jadi serba tak kena. :P (semakin banyak kita punya saham NERAKA yang dikumpul hasil BROKER tersohor En. Syaitannirrajim)

Namun pernahkah kita berusaha untuk melawan sifat-sifat yang selalu kita buat seperti di atas? Tepu dada, tanyalah IMAN kita ya!

Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar dijauhkan dan dilindungi daripada sifat-sifat di atas. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu memberi penawar penyakit batin (hati/jiwa) kita.


Renung-renungkan!

Ole,
PeNsiL.wArNa.Abi


Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...