Khamis, 25 Ogos 2011

Salam MerdakaRaya 2011/1432H daripada ABI, UMMI & IM

Assalamualaikum Semua,

Kepada semua yang mengenali diri saya, isteri & IM,

“Berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman dan sewaktu ziarah mengziarahi rumah saudara-mara kita”

Oleh,
PeNsiL.wArNa.Abi


Facebook Comments

Selasa, 23 Ogos 2011

Hohohotakkk hang, tak baik marah-marah tau...

Assalamualaikum semua,

Bayi pun kalau marah buruk mukanya, kalau kita? :P
Perasaan MARAH, PANAS BARAN, MAKI-HAMUN, HERDIK dan yang berkaitan merupakan kelakuan/sifat yang kadang kala dilakukan secara sedar atau pun tidak sedar oleh si pelakunya. Syaitan dan kuncu-kuncunya amat gembira sekiranya keturanan Adam mempunyai sifat-sifat tersebut.

Namun sifat-sifat tersebut memberi kesan yang amat hebat kepada si pelakunya dan orang sekelilingnya. Cuba kita lakukan perkara berikut setiap kali kita marah.

1) Ambil seketul batu (sebarang objek yang keras) dan pergi ke hadapan dinding rumah, bangunan dll.
2) Setiap kali kita marah, baling batu itu ke arah dinding tersebut dengan sepenuh daya.
3) Lakukan perkara tersebut setiap kali kita marah.

(P/s: kalau objek dan dinding tersebut bukan harta kita/mak bapak kita, sila jangan lakukan perkara di atas kerana akan menambah dosa je. :P )

Byk kos (duit) nak betulkan ni...kalau hati/jiwa?

Lihat hasil/kesan yang kita lakukan di bahagian dinding akibat lontaran batu tersebut. Tentu ada corak-corak yang menarikkan? Corak-corak tersebut berkemungkinan tidak akan dapat dihilangkan atau perlu dibersihkan dengan usaha yang gigih.

Hohohotak angga... :P
Begitu juga kesan yang kita tinggalkan selepas kita marah dan akan memberi kesan juga kepada orang yang dimarah/sekeliling kita. Kesannya bukan pada dinding, tetapi pada dinding HATI/JIWA kita. Antara orang yang paling kita tidak boleh lupa ialah orang yang pernah marah, maki-hamun, herdik (dll) kita. Betul tak? Kebiasaannya orang akan cakap, "sampai mati pun aku tak lupa apa yang dia dah buat kat aku". Hrmmm...akan wujud perasaan BENCI, MENYAMPAH, MELUAT dll kan? Kesan pada si pelaku pula, ianya akan menjadi satu tabiat (kelakuan yang menjadi kebiasaan a.k.a syok) yang kalau tak buat jadi serba tak kena. :P (semakin banyak kita punya saham NERAKA yang dikumpul hasil BROKER tersohor En. Syaitannirrajim)

Namun pernahkah kita berusaha untuk melawan sifat-sifat yang selalu kita buat seperti di atas? Tepu dada, tanyalah IMAN kita ya!

Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar dijauhkan dan dilindungi daripada sifat-sifat di atas. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu memberi penawar penyakit batin (hati/jiwa) kita.


Renung-renungkan!

Ole,
PeNsiL.wArNa.Abi


Facebook Comments

Ahad, 21 Ogos 2011

Terima kasih Ayah...

Assalamualikum Semua,












Tersentuh hati bila lihat klip video berikut:



Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Kalau mereka sudah tiada, kita akan rindu sangat kat mereka. Allah beri kita anugerah kasih sayang, tetapi kadangkala kita tak sedar akan kewujudan kasih sayang tersebut.

Oleh,
PeNsiL.wArNa.Abi

Facebook Comments

Isnin, 15 Ogos 2011

Kalau tak nak berpuasa Ramadhan, sila penuhi syarat2 berikut ya!


Assalamualaikum Semua,
Berikut adalah tazkirah mengenai Rukhsah (Kelonggaran) Berbuka Puasa. Mari kita baca dan memahami tazkirah tersebut.

=====================================================
UUM ONLINE: SUKACITA dikemukakan Tazkirah Minggu Ini (T.M.I) oleh Pusat Islam untuk renungan bersama:

Berbuka Yang Diharuskan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang berbuka puasa Ramadan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqada dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)


Huraian Hadis:
  1.  Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa, atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.
  2. Kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang sedang bermusafir, wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudarat kepada diri ataupun anaknya dan beberapa jenis keadaan sakit yang lain. Manakala sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa. Walhal meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu dosa besar sebagaimana yang pernah tersebut di dalam hadis.
  3.  Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqada semula puasanya di bulan yang lain.
  4.  Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadan kerana terlupa, maka tidak wajib qada dan tidak wajib kifarat kerana terdapat sebuah hadis Rasulullah SAW menyebutkan yang maksudnya: “Apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadanya" (Bukhari dan Muslim).
  5. Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil untuk berpuasa.
Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ustazah Madihah binti Mohamed Ibrahim di talian 04-928 5806.
======================================================
Oleh,
PeNsiL.wArNa.Abi

Facebook Comments

Ahad, 14 Ogos 2011

Harga barang-barang baby melambung TINGGIIII...

Assalamualaikum semua,

Wah pertama kali jd Abi & Ummi amat teruja dibuatnya...apa taknya, syok tengok barangan baby yg sememangnya CUMELLL sesgt..Tenggok yg ni nk, tenggok yg ni nak...wah semua nak lahhh...
kelambu, stokin, saurng tangan, lampin, baju, seluar, bla bla bla...hehe pening nk pilih...

Ummi tenggok ar ya...Abi ok je...hehe,pening nk pilih. Sampai kat bahagian casher, tit tit, tit tit die kira....Abi jeling je skrin casher tu...dlm hati alamak cukup ke duit ni....hehe..tu baru casher pertama...next casher...hahaha susut duit abi....hehe tp tak pelah utk Imam Muda punya pasal kan...

Mahal gupanya barangan budak kecik ni...baju Abi & Ummi pon rasanya lagi murah...isk isk isk...cuma terdetik dlm hati kami...mcm mana dgn ibu bapa yg kekurangan sumber pendapat? mmm terasa insaf sejenak...dan mengucapkan Alhamdulillah tanda syukur kepada Allah sentiasa memberi rezeki kepada kami walaupun kadang kala masih rasa tidak cukup ini, tidak cukup itu...sedangkan masih ada insan lain yang serba kekurangan daripada diri/keluarga kita.

Terima kasih ya Allah.

Mmm kepada bakal ibu bapa, sama-sama lah kita berbelanja secara berserdahana utk membeli barangan baby dan yang paling penting, belilah mengikut keperluan dahulu...kemudian kalau ada rezeki lebih, barulah kita tambah mengikut kesesuaian & keadaan.

Oklah nanti kita sambung berbicara lagi ya...daaa

Assalamualaikum.

Oleh,
PeNsiL.wArNa.Abi

Facebook Comments

Sejuk beku sebab superbike belum abis pantang...

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah akhirnya Abi, Ummi & Imam Muda dah ada Superbike. Terima kasih Allah. Moga diri kami dan kenderaan kami sentiasa dalam lindungan-MU ya Allah.

Mmm. hari ni hari pertama Abi menunggang superbike. hehe..keluar rumah jam 6.20 pg...alw 10 minit drpd hari-hari biasa. Huhu sejuk beku gak jadinya, sebab kene bawa superbike tak lih lebih 5k RPM = 70km/h utk 0-500km pertama dan 500-1000km baru lih lajak RPM 7.5km. huhu...tp tak lih belah kalau terus bawak dgn RPM 5k ni...belah gak cecah 6.5k. Nasib baik tak lewat.

Hehe, terasa nk bawak ummi & Imam Muda naik superbike, tp fhm2 je la keadaan tak mengizinkan lagi...hehe

Rasanya khamis ni je superbike dah kene tukar minyak itam...hehe... :)

Cepat sungguh...huhu...tp nak tengok gak superbike ni tang penjimatan petrolnya...smlm isi tangki penuh RM19.20...nak tgk berapa km lih pi, & berapa hari...

Tp geram sikit sebab kat bhg tangki petrol dh calar. Ingat nak menyalahkan kucing kerna terfikir akan kukunya yg suka mencakar kenderaan. Namun difikir-fikirkan semula, hehe sebab posh bag sendiri yg pakai di pinggang. huhu...takpelah hasli kerja sendiri..

Nak cite lagi satu ni, smlm abi lupa nk kunci kete,...hehe dua2 tak kunci, pepagi ni ummi bgthu...haha...lupa dek superbike baru kot...maafkannn sayaaa.... :P

Oklah nanti abi cite lagi k.

Oleh,
PeNsiL.wArNa.Abi

Facebook Comments

Khamis, 11 Ogos 2011

Ramadan Terakhir


Assalamualaikum semua,

Slot drama TV3 untuk Ramadhan kali ini menayangkan drama "Ramadhan Terakhir" setiap Selasa - Khamis jam 10.00 mlm. Mmm, memula tengok preview drama ni mcm tak berapa menarik. Tetapi lepas layan sekali, rasa mcm nak layan lagi...(layan dgn ummi & imam muda) hehe.

Drama Ramadhan tahun lepas "Syurgamu Ramadhan" memberi pengajaran dan unsur nasihat yang amat baik kepada kita semua. Abi harap drama "Ramadhan Terakhir" juga dapat memberi kesedaran kepada kita yang kadang kala asyik dibuai nikmat dunia (kekayaan, wanita, jawatan dll) sehingga lupa kepada Yang Maha Esa (Allah). Lagi satu drama ialah Tahajjud Cinta hasil sutradara Erma Fartima. Pun elok juga.


Diharapkan juga agar penerbit, penulis skrip, pengarah filem, media masa, televisyen dll agar dapat memperbanyakan drama, filem dsb yang berunsur nasihat/contoh tauladan berbentuk kerohanian yang dapat memberi kesedaran/keinsafan kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia secara amnya.

Jangan lah dok syok buat cite hantu/seram yang kadang kala menonjolkan sangat unsur2 kurafat kepada generasi Z.

Jom layan OST ketiga(3) drama tersebut!

OST Ramadan Terakhir (Jangan Lupa Namaku - POMPA BENSIN)


OST Syurgamu Ramadhan (Azfar - Akan Ku Jumpa)


OST Tahajjud Cinta - Merpati


Oleh,
PeNsiL.wArNa.Abi

Facebook Comments

Selasa, 9 Ogos 2011

Dah Masuk Wad Bersalin

Assalamualaikum,

M'hantar Puteri Mastura(PM) ke Hsptl Sultan Abdul Halim(bhg kecemasan) jam 8.30mlm.Memula disaring dulu,kmudian dirujuk ke Wad Bersalin.Pengawal xbg aku masuk,PM hny diminta bwa K.P. saja.Tunggu dr 9.30-11.55mlm,tiada khbr berita.Hati mula resah,pe cite lama beno.Nk tny,nurse pon xde.Nk masuk xlih,pintu dikunci.Kene thn wad ke,dh nk bersalin ke?iskkk...12.00am PM baru keluar.Fuhhh,cuak gak den...nk tahu kenapa?


Sila hantar surat tunjuk sebab anda ingin tahu kpd sy...hehe..

oleh,
PeNsiL.wArNa.Abi

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...