Khamis, 28 Jun 2012

Imam Muda DMS Kongsi Cerita.. :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua...
Ari ni Imam Muda DMS nk kongsi 1 cerita pasal burung dan cicak (kisah Nabi Ibrahim)..

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’

Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”
 
Jadi, apa peranan kita terhadap Islam pd ari ni? Renung2kn & selamat beramal.. :)

* Imam Muda DMS semakin lasak skrg ni.. Pagi td baru tertonggeng, tersembam kt lantai.. Ummi baru je klua nk panaskn enjin kete, alih2 dgr dia dh meraung kt dlm umah.. Huhu.. Proses nk membesar... :)


Sumber:  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=443076475703343&set=a.202010136476646.53473.199689986708661&type=1&ref=nf 



PeNsIl.WaRnA.UmMi.

Facebook Comments

Isnin, 4 Jun 2012

DMS dh 8 bulan..


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.. Ari ni danish Muhammad Shazlan dh 8 bulan! Yeay! Semoga DMS jd anak yg soleh, sentiasa di bawah lindungan Allah, diberi kesihatan & akhlak yg baik..

Dlm kete masa tgh tunggu Abi g solat Jumaat.. Dok dlm ekon sedap ar dia tido.. :)

Skrg ni ummi sedang mengikuti kisah adik Iskandar dan adik Sufi.. Ya Allah.. Besar dugaanMu terhadap mereka.. Dan di sebalik kejadian tu, dapat menyemarakkan (ayat x bleh blah) rasa bersyukur dlm diri ummi..


Bila DMS merengek tgh2 mlm, bgn menyusu sejam sekali.. Ummi xnk merungut lg.. Sbb ummi tahu DMS x selesa & nak ummi sentiasa ada bersama..
Bila DMS dok capai2 brg, semua nk masuk mulut.. Ummi xnk mrh2 lg.. Sbb ummi tahu tu la proses pertumbuhan dan perkembangan anak ummi..
Bila DMS menjerit2 smpai ummi terkejar2 nk mandi.. Ummi xnk mengeluh2 lg.. Sbb ummi tahu DMS rindu nk main2 ngan ummi lps seharian ummi g keje..
Bila DMS ngamuk2 dh letih & ngantok nk tido.. Ummi xkisah kena tangguhkn semua keje n bgn tgh mlm semula utk selesaikn keje2 tu.. Sbb DMS lebih utama..

Terima kasih ya Allah.. Bila Engkau telah anugerahkan DMS kpd kami, bermakna kami sedia untuk memikul tanggungjawab itu.. Ampunkan kami sekiranya kami lalai ya Allah.. Peliharalah iman kami, supaya kami sentiasa dekat padaMu.. Aminn....

"kalau mak jd mak Danish, anak camni punya comey, mak branak lg.." 
Haha.. tu ayat Mak Minah ptg smlm.. Motif??? :)


PeNsIl.WaRnA.UmmI.

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...