Rabu, 30 Mei 2012

Perkara Yg Berubah Slps Ada Anak..


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua! Salam ceria dari Danish Muhammad Shazlan! Hehe.. Comel x DMS pakai kopiah? :)


Ari ni ummi nk kongsi sesuatu dari pembacaan ummi.. Semoga memberi manfaat kpd yg membaca! :)

 20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


Sumber: Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim  (https://www.facebook.com/ibumudamuslim)

PeNsiL.WaRnA.UmMi

Facebook Comments

Isnin, 21 Mei 2012

Solid Food 4 DMS part 1

Bismillahirrahmanirrahim


Ari ni ummi nk share skit pasal solid food DMS.. Bila ummi study, rupanya x semua benda blh bg serentak.. Ada bahan2 yg kena bg step by step mengikut umur.. Dianalogikan perut baby mcm enjin kereta. Kita bgn pagi, sblm g keje kena la panaskn enjin kete dlm 10-15 minit betul x? Sama gak la cam perut dak kecik. Xkan memula baru blh mkn nk disumbatkn dengan pelbagai rasa.. Rileks la dlu..

So utk permulaan kenalkn dgn buah2an dlu.. Ummi & abi amik berkat, memula sekali bg mkn kurma.. Bukan la terus bg 2 - 3 biji.. Lenyek2 skit kt jari, suap.. Dah memadai.. Perut dia bukan besar cam perut ummi.. Pastu baru la bg makanan lain.. But, no nestum oke! Sgt byk gula tambahan.. Better bg oat.. Organic oat..

See.. DMS really enjoy his meal.. Budak2 kn ibarat kain putih, kita yg mencorakknnya.. Dia ikut je apa yg kita bg mkn.. So kita yg pandai berfikir ni, kena la pilih yg terbaik utk anak.. Semoga diberkati Allah.. Hehe.. sepatutnya kena buat puree, tp ummi belasah bg dia gigit camni..



Kt bwh ni ada sikit panduan yg ummi amik dr http://wholesomebabyfood.momtastic.com/



Lenkali ummi share camne nk buat puree plak k.. Jom, ada bacaan yassin n jamuan utk staf yg berjaya naik pangkat.. Mudah2an pasni ummi plak di kalangan mereka2 yg diraikan.. Amin! :)

PeNsIl.WaRnA.UmMi.




Facebook Comments

Ahad, 20 Mei 2012

DMS g Kursus: Langkawi

Bismillahirrahmanirrahim

Lamanya ummi x menjenguk blog ni.. Buat2  bz skit..

26 - 28 April yg lps, Ummi kena g Kursus Fail Meja kt Langkawi bersama dgn lbih kurang 40 staf dr KKSP yg lain. Kali ni Abi  kena ikut Ummi utk jaga DMS kt sana.. Kesian Abi, kena amik cuti n berkorban tenaga bila cik isteri selalu kena g kursus.. Thank u very much my dear..

So bermula la pengembaraan DMS..




Naik bas dr kolej ke jeti Kuala Perlis.. Berdebar ummi masa ni.. Blh ke dak kecik ni behave sepanjang sejam stengah dlm bas? Alhamdulillah.. Naik je bas, kena nyakat ngan geng2 opis ummi, pastu dia nyusu, pastu lelap.. hehe.. Gud boy..






Naik feri dr jeti Kuala Perlis ke Langkawi pon sama.. Pusing2 pandang keliling sekejap, menyusu, pastu tido.. Hehe..











Berhenti mkn kt gerai tepi jalan.. Makanan  DMS ummi bwk dr umah.. Sblm nk g kursus ni, ummi study betul2 camne nk handle mknn dia semasa travel.. Being a mother mmg kena byk study oke! :)



Menginap di One Hotel Helang, Langkawi.. Seronok dia berguling2 atas katil besar.. :)









Belajar dok kt baby high chair.. Excited! Walaupon senget2 lg.. Hehe.. Muka sememeh comel sbb ni time breakfast, DMS baru bgn tido.. 







Most exciting time, mandi kolam.. Dia mmg suka main air.. Bg plak mandi kolam.. Wahhh mmg sakan la dia! Hehe..


N last, ikut ummi n abi g shopping.. xde la shopping sgt pon.. Memborong coklat je.. Sooo heaven.. Rasa nk beli sume je.. Gambar dlm bas, setelah penat meronda.. Tunggu kwn2 opis ummi yg tgh sakan shopping lg..

Ok, sekian saja kisah pengembaraan DMS di Langkawi.. Kecik2 dh lepas g Langkawi.. Ummi dlu umur 20 lebih baru jejak sana tau.. ;)

PeNsiL.WaRnA.UmMi.

Facebook Comments

Sabtu, 5 Mei 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?






Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia


Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...