Sabtu, 28 Mei 2011

Rumahku Syurgaku

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, Syukur di atas semua nikmat-Mu ya Allah. Semoga impianku diperkenankan "Rumahku Syurgaku". Terima kasih ya Allah, Mak, Ibu Bapa Mertua, Puteri Mastura+baby, Keluarga, Mohd Fadzli+Pakcik Suhaimi+isteri, Mazri+Faiq, Bang Chik Rashid, Pak Tam, Geng2 ITU-UUM, Rakan2, Tuan Rumah, En Mat Jani, Jiran sebelah+dpn+kiri+kanan & semua yg membantu sy secara langsung atau tidak langsung. "Perkahwinan itu indah umpama memiliki harta seluruh petala bumi, maka perhalalah harta tersebut selagi Allah memberi nikmat-Nya secara PERCUMA & jgnlah kita sia-siakannya".

Oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Ahad, 22 Mei 2011

Impian..Kenyataan..Harapan..


Alhmdulillah, permohonan ummi utk bertukar diluluskn..mmg itu la yg ummi doa tiap2 ari..semoga Allah permudahkn pertukaran ummi..wlupon sbnrnya ummi plan nk ke tempat lain dpt tempat lain, tp ummi still bersyukur sbb dh dekat skit dgn abi. Skrg ummi bertugas di KK Sungai Petani.. terlalu awal nk kata seronok ke x kt sini sbb ummi baru je lapor diri 18 mei ari tu.. then 19 mei dh kena attend bengkel kt KL. So x kenal sgt lg staff kt sini..

Buat sementara ni ummi yg ulang alik dr UUM ke Sg.Petani..jauh gak la, dlm 104 km..huhu..klu dlu di Pasir Gudang, 7.57 pg ummi baru tutup gate utk g ofis, skrg xleh cmtu dh..seawal 5.45 pg dh kena bgn mandi, solat subuh n siap2..dlm 6.30-6.45 kena gerak, klu x merah la punch card ummi.. penat mmg la penat, tp ganjarannya ummi dpt dekat dgn abi..

Sgt berdoa kpd Allah supaya ummi dpt lebih dkt dgn abi..mmm mintak tukar ke jitra plak la, ok x? :)


PeNsil.WarNa.UmMi

Facebook Comments

Alhmdulillah, permohonan ummi utk bertukar diluluskn..wlupon sbnrnya ummi plan nk ke tempat lain dpt tempat lain, tp ummi still bersyukur sbb dh dekat skit dgn abi. Skrg ummi bertugas di KK Sungai Petani.. terlalu awal nk kata seronok ke x kt sini sbb ummi baru je lapor diri 18 mei ari tu.. then 19 mei dh kena attend bengkel kt KL. So x kenal sgt lg staff kt sini..

Buat sementara ni ummi yg ulang alik dr uum ke sg.petani..jauh gak la, dlm 104 km..huhu..klu dlu di Pasir Gudang, 7.57 pg ummi baru tutup gate utk g ofis, skrg xleh cmtu dh..seawal 5.45 pg dh kena bgn mandi, solat subuh n siap2..dlm 6.30-6.45 kena gerak, klu x merah la punch card ummi.. penat mmg la penat, tp ganjarannya ummi dpt dekat dgn abi..

Sgt berdoa kpd Allah supaya ummi dpt lebih dkt dgn abi..mmm mintak tukar ke jitra plak la, ok x? :)





Facebook Comments

Selasa, 10 Mei 2011

Penyakit & Risiko bila ber"WiFi"

Assalamualaikum Semua,

Cuma nak berkongsi maklumat mengenai kesan WiFi yg kita dok guna sekarang ni. Di mana2 saja skrg boleh kata ada WiFi percuma. Sememangnya perkembangan teknologi tanpa wayar amat pesat dibangunkan, namun ada juga kesan atau risiko yang perlu diambil perhatian mengenai teknologi canggih ini. Jom layan video di bawah ini!



oleh PeNsiL.wArNa.AbI

Facebook Comments

Isnin, 9 Mei 2011

Si Dia Menguit2..

2 3 ari ni cuaca agak panas..ummi smpai 6 kali mandi.. tiba2 teringat time honeymoon ari tu, suhu mencecah 4’C, xlarat menggigil plak..haih manusia2… merungut je.. eh ape da ummi ckp pasal cuaca..

yg sebenarnya entry kali ni ummi nk share..baby dh start bergerak2..alhamdulillah..yg ummi perasan, gerakan pertama mlm td lbih kurang kol 9.50..tiada apa yg mampu ummi ucapkn selain “terima kasih ya Allah”..memula tu was2 gak..cacing ke, angin ke..sbb mlm td ummi x mkn.. tp smpai pg td, still rasa lg cam ada bnda menguit2, trus msg k.ikn..jiran dpn bilik, k.pah cuti plak ari ni, so kena tny sifu lain la.. msg k.ikin dipendekkn jd cmni “4mths u’ll notice smthing menguit inside”..ha, sah.. anak ummi  yg bgerak2.. best3..

Terima kasih ya Allah..semoga Kau kurniakan zat yg sempurna untuk anakku ini..amin..

oleh PeNsiL.wArNa.UmMi

Facebook Comments

HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
by Rubiatul Adawiyah Nazri on Thursday, May 5, 2011 at 7:24pm

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...